Publish & custom domain

Dari draft sampai live di internet — termasuk attach domain sendiri pada plan Pro+. Semua dengan SSL automatik.

1.Apa beza Draft dan Live

  • Draft = HTML yang anda edit dalam editor. Berubah setiap kali anda Build / Edit / Import.
  • Live = snapshot HTML yang visitor lihat di <sub>.aranis.site. Dibekukan masa anda klik Publish.
💡 Edit draft TIDAK auto-update live. Anda mesti klik Publish lagi untuk push perubahan draft ke live.

2.Publish ke subdomain percuma

  1. Klik Publish di Topbar editor.
  2. Pilih subdomain (cth: klinikbayu.aranis.site). Rules: huruf kecil + nombor + sengkang sahaja, 3-30 aksara, tidak bermula/berakhir dengan sengkang.
  3. Pilih cycle billing (Monthly / Quarterly / Yearly). Yearly jimat 2 bulan.
  4. Klik Publish. Site live dalam 10 saat dengan SSL automatik.
💡 Subdomain claim adalah first-come-first-served. Sekali ambil, ia diikat pada projek anda selagi anda kekal subscribe (atau 7 hari kalau Free tier).

3.Custom domain (Pro+ sahaja)

Pasang domain sendiri (cth: www.klinikbayu.com).

  • Pro: 1 custom domain.
  • Business: 3 custom domains.
  • Agency: 15 custom domains.

Flow: /account/domains → masukkan domain → kami daftarkan di Vercel → anda set DNS di provider domain anda → klik Verify → SSL auto-provision.

4.Set DNS records di provider anda

Bergantung samada anda nak guna apex (foo.com) atau subdomain (www.foo.com):

Untuk subdomain (e.g. www.foo.com)
Type:CNAME
Host:www
Value:cname.vercel-dns.com
Untuk apex (e.g. foo.com)
Type:A
Host:@
Value:76.76.21.21
💡 Cloudflare user? Pastikan record dalam mode DNS only(gray cloud, bukan orange) — kalau orange, Cloudflare akan proxy dan Vercel tak boleh verify.

5.Verify + SSL provisioning

  1. Lepas tambah DNS record, kembali ke /account/domains.
  2. Klik Periksa semula pada row domain anda.
  3. Tunggu 1-15 minit untuk DNS propagation. Status akan flip: Pending DNS → Verified.
  4. Selepas verified, Vercel auto-provision Let's Encrypt certificate (cert) dalam 1-5 minit. Buka https://yourdomain.com — patut load dengan padlock hijau.
Kalau status stuck di Pending DNS lepas 15 minit, lihat Troubleshoot.

6.Renew & expiry

Subscription tidak auto-renew. Bila tempoh tamat:

  • Sites live offline (return 404) sampai anda renew di /account/renew.
  • Plan turun ke Free secara automatik. Custom domains masih attached tapi tidak serve (sebab plan Free tak include custom domains).
  • Draft HTML kekal selamanya — tak hilang walaupun tak renew.

7.Unpublish

Untuk turunkan site dari live (tapi simpan draft):

  1. Topbar → klik "Live" pill → Unpublish.
  2. Site terus offline. URL <sub>.aranis.site akan return 404.
  3. Subdomain dilepaskan — kalau anda nak guna nama sama nanti, mungkin orang lain dah ambil.