Mula di sini

Panduan ringkas dari daftar akaun sampai website pertama anda live di internet. Anggaran masa: 5 minit.

1.Apa itu Aranis

Aranis adalah generator landing page guna AI, dibina khas untuk usahawan Malaysia. Anda isi brief (nama bisnes, audiens, tawaran, gaya copywriting), AI generate HTML siap dengan design + copy, dan anda boleh terus publish ke .aranis.site percuma — atau attach domain anda sendiri pada plan berbayar.

Semua dalam Bahasa Melayu, harga dalam Ringgit, payment melalui ToyyibPay. Tiada perlu coding, tiada perlu designer.

2.Daftar akaun

  1. Pergi ke /auth/signup.
  2. Isi nama, emel, dan password (sekurang-kurangnya 6 aksara).
  3. Buka emel anda — kami hantar link sahkan. Klik link itu untuk aktifkan akaun. Tip: kalau tak nampak, semak folder Spam.
  4. Selepas confirm, anda boleh log masuk dan terus masuk ke editor.
💡 Free tier sentiasa percuma. Dapat 4 AI actions / bulan (build + edit pooled), simpan 2 draft, dan publish 1 site ke subdomain (7 hari, ada watermark Aranis).

3.Bina website pertama

  1. Di editor (/app), klik New project dari menu File di Topbar.
  2. Isi Brief di panel kiri. Field penting: nama brand, jenis website, audiens sasaran, copywriting framework (PAS / AIDA / 4C / Story), dan CTA destination.
  3. Klik butang Build (kanan bawah panel). AI akan generate HTML — biasanya 30-60 saat.
  4. Hasil muncul di preview panel sebelah kanan. Anda boleh klik mana-mana element untuk edit secara inline.
💡 Brief deep-dive: setiap section ada penjelasan terperinci di Brief & PromptPanel.

4.Edit & iterate

Selepas build pertama, ada 3 cara untuk improve:

  • Edit brief + Build semula — tukar field dalam Brief, klik Build sekali lagi. Versi lama auto-saved dalam History (boleh restore tanpa guna AI action).
  • Inline element edit— klik mana-mana element dalam preview, panel edit muncul. Tulis instruction bagi AI (cth: "buat hero lagi besar", "tukar warna butang ke hijau").
  • Copy Prompt — export brief + HTML ke clipboard untuk teruskan dalam AI chat lain. Import balik bila siap.

5.Publish ke subdomain percuma

  1. Klik Publish di Topbar (atau menu).
  2. Pilih subdomain — cth: pizzahut.aranis.site. Huruf kecil + nombor + sengkang sahaja.
  3. Klik Publish. Website anda live dalam ~10 saat dengan SSL automatik.
  4. Untuk update site, edit di editor, kemudian klik Publish lagi. Versi snapshot di-replace dengan yang baru.
💡 Free tier publish bertahan 7 hari, lepas itu kena re-publish. Untuk publish permanen + custom domain, upgrade plan di /pricing.

6.Apa seterusnya?