Edit & undo

Selepas build pertama, jarang sempurna. Ada 4 cara untuk iterate — pilih mana yang sesuai dengan magnitude perubahan yang anda nak.

1.Inline element edit (paling cepat)

Sesuai untuk surgical changes — tukar satu element sahaja tanpa regenerate full HTML.

  1. Klik mana-mana element dalam preview iframe (hero, button, section, dll).
  2. Editor panel muncul dengan element highlighted. Anda boleh:
    • Edit text terus dalam input field.
    • Bagi instruction bagi AI — cth: "buat ini lagi bold", "tukar warna ke hijau", "tambah emoji raket sebelah text".
  3. Klik Apply. AI buat surgical edit, preview update.
💡 Edit guna 1 AI action (sama macam Build). Beza: hasil lebih predictable kerana skop terhad pada satu element.

2.Build history (auto-snapshot)

Setiap kali HTML berubah — Build, Edit, atau Import — versi sebelum disimpan secara automatik dalam History. 10 versi terakhir per project dikekalkan.

  1. Topbar → File menu → History · Undo build.
  2. Side panel buka dengan senarai snapshot (paling terkini di atas). Setiap entry: label + masa relatif.
  3. Klik Pulih pada mana-mana row.
  4. Confirm modal muncul. Klik OK. HTML aktif di-replace dengan versi yang dipulihkan.
💡 Restore TIDAK tolak AI action. Itulah purpose History — supaya anda boleh experiment tanpa fobia kehabisan quota.

3.Restore juga undoable

Bila anda restore versi lama, HTML sekarang auto-snapshot dulu sebelum di-replace. Jadi kalau anda tersilap restore, boleh restore semula ke versi yang anda baru tinggalkan.

Snapshot itu label dia (snapshot before restore) dalam History panel.

4.Copy Prompt → AI chat lain

Untuk perubahan besar yang sukar dijelaskan dalam form fields biasa (cth: tukar full design system, restructure layout), guna Copy Prompt untuk teruskan iterasi di AI chat lain:

  1. Klik Copy Prompt (button kanan bawah Brief panel).
  2. Kami compile brief + HTML semasa anda sebagai prompt text. Di-copy ke clipboard automatik.
  3. Buka AI chat pilihan anda → paste → continue iterate.
  4. Bila siap, copy HTML dari AI itu → kembali ke Aranis → Topbar → File → Import HTML → paste.
💡 Free tier: 5 Copy Prompt / bulan. Paid: unlimited.

5.Import HTML

Replace draft anda dengan HTML dari luar — sama ada template yang anda beli, output dari AI lain, atau backup yang anda simpan.

  1. Topbar → File → Import HTML.
  2. Pilih fail HTML dari komputer anda. Max 2 MB.
  3. Draft anda di-replace. Versi sebelum auto-saved dalam History (boleh restore).
💡 Import handle file .html dan .htm. Tidak handle ZIP/folder — flatten ke single file dulu.