FAQ — soalan lazim

Soalan umum tentang Aranis. Kalau anda cari penyelesaian error, lihat Troubleshoot sebaliknya.

1.10 soalan paling biasa

Apa itu Aranis?
Generator landing page guna AI untuk usahawan Malaysia. Brief masuk → HTML siap → publish ke subdomain percuma (atau custom domain pada paid plan). Lihat Mula di sini untuk walkthrough lengkap.
Boleh dapat refund?
Tidak. Semua bayaran final. Anda boleh test semua feature dalam Free tier dulu sebelum bayar. Detail penuh di Terms of Service section 6.
Bagaimana cancel langganan?
Tiada auto-renew, jadi cukup JANGAN renew bila tempoh tamat. Plan akan turun ke Free secara automatik. Tiada perlu klik 'Cancel' butang.
Bagaimana delete akaun?
Pergi ke /account/profile → Delete account. Soft-delete 30 hari (boleh recover dengan email support kalau ubah fikiran), lepas itu permanent.
Boleh transfer akaun ke email lain?
Tidak buat masa ini. Hubungi support kalau ada case khas (cth: tukar bisnes, akaun bercampur). Kami akan handle manual.
Free tier sampai bila?
Selamanya. Watermark "Crafted by Aranis" sentiasa di bawah site untuk Free + Starter tier. Tempoh publish 7 hari sahaja — kena re-publish setiap minggu untuk extend. Upgrade ke Advance untuk buang watermark + permanent publish.
Site saya boleh diakses di Google search?
Boleh. Aranis suntik SEO meta tags + sitemap untuk semua published sites. Subdomain (.aranis.site) dan custom domain kedua-duanya indexable. Tempoh untuk Google index biasanya 1-14 hari.
Boleh edit HTML secara manual?
Boleh secara indirect: guna Copy Prompt untuk export ke AI chat lain → edit di sana → paste back via Import HTML. Detail di Edit & undo.
Boleh integrate dengan Shopify / WooCommerce / WordPress?
Tidak directly. HTML yang dijana adalah static landing page (no React, no PHP backend). Tapi anda boleh embed link ke kedai Shopify/Lazada/Shopee anda dalam CTA — visitor klik 'Beli' di Aranis, dibawa ke kedai sebenar anda.
Boleh hubungi support?
Email hello@aranis.site. Reply within 1 business day. Sertakan project ID + screenshot kalau report bug.
💡 Soalan anda tiada di sini? Email kami — kalau jawapan berguna untuk semua user, kami akan tambah ke /docs/faq.